KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa perutusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat, hanya cuba merekayasa watak tidak bersalah untuk kerajaan tanpa majoriti.
Sebaliknya dakwa Ahmad Zahid, kegagalan kerajaan mengurus pandemik menyebabkan 12,000 nyawa orang tidak bersalah terkorban akibat COVID-19.
"Perutusan semalam jelas cuba merekayasa watak "innocent" untuk kerajaan tanpa majoriti kerajaan Perikatan Nasional (PN). Kerajaan yang gagal mengurus pandemik sehingga menyebabkan 12,000 nyawa terkorban cuba dipertontonkan sebagai "victim".
"Cuba mengubah keseluruhan plot cerita daripada kegagalan kerajaan PN kepada kerajaan PN konon jadi mangsa politik. Dengan alasan itu kemudian cuba menghalalkan "habuan" bersyarat kepada ramai pihak supaya mengekalkan PN sebagai kerajaan Persekutuan.
"Ini perbuatan yang sangat tidak bermoral dan berakhlak oleh sebuah kerajaan Malaysia," tegas Ahmad Zahid dalam muat naik di Facebook miliknya hari ini.
Tambahnya, alasan bahawa program vaksinasi tidak akan berjalan lancar jika berlaku perubahan kuasa hanya cubaan menakutkan rakyat.
"Dengan alasan itu juga cuba menakut-nakutkan rakyat konon program vaksinasi tidak akan berjalan lancar tanpa mereka memegang kuasa.
"Sedangkan program vaksinasi tidak lancar sejak ia bermula dan kerana itu sehingga hari ini imuniti kelompok masih belum dapat dicapai.
"Seterusnya cuba menyelamatkan kedudukan dengan propaganda kini semua pihak perlu bekerjasama melawan COVID-19 iaitu di saat kerajaan PN sudah tiada sokongan majoriti," kata Presiden UMNO itu lagi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini berkata Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah berjaya memberikan kesan positif terutama dalam menurunkan kes kemasukan ke hospital dan penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara.
“Kalau kita perhatikan kategori 4 dan 5 kemasukan di Hospital Sungai Buloh mengikut umur. Kita dapati selepas pelaksanaan Operasi Surge Capacity Klang Valley, kita dapati pada minggu ke-30, kes semakin menurun.
"Kalau kita lihat pada peak yang pertama yang berwarna hijau di mana kita memberikan vaksin pada fasa 2 kepada mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan kita lihat penurunan kes iaitu selepas minggu ke-21 kes makin menurun.
"Apabila melaksanakan Operasi Surge Capacity di Lembah Klang, kita lihat sekarang ini mereka yang berusia iaitu 40 - 59 tahun juga menurun dan juga 20 - 39 juga ada penurunan. Ini menunjukkan kesan vaksinasi telah berjaya menurunkan kes kemasukan ke hospital dan juga penggunaan katil-katil Unit Rawatan Rapi (ICU)," kata Dr Noor Hisham dalam Sidang Media Khas Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya pada 13 Ogos 2021.
Pada Jumaat, Muhyiddin menjelaskan, negara memerlukan sokongan, usaha dan tumpuan semua pihak yang untuk memulih dan mengembalikan negara kepada landasan pembangunan dan pertumbuhan yang sihat.
Katanya, apabila kestabilan politik tidak dapat dicapai, segala usaha untuk memulihkan krisis kesihatan dan ekonomi sukar dicapai.
Fareez Azman
Sat Aug 14 2021
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa perutusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat, hanya cuba merekayasa watak tidak bersalah untuk kerajaan tanpa majoriti. - Gambar fail
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Regu Malaysia muncul juara tewaskan Thailand 2-0
Stadium Titiwangsa menjadi saksi gemilang pasukan Malaysia selepas menamatkan badi berdepan Thailand di kejohanan Piala Dunia ISTAF apabila menewaskan seteru utama 2-0.
Sumbangan industri pelancongan kepada KDNK global akan lepasi paras prapandemik tahun ini - WEF
Ketibaan pelancong asing dan sumbangan sektor pelancongan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dijangka akan kembali ke paras pra-pandemik tahun ini.
KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
KKM akan terus memantau keadaan tersebut dan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.